Friday, 10 October 2014

#5: Resipi Nasi Goreng Tomyam Sedap

3 comments
First time masak nasi goreng tomyam sedap ni masa raya tahun 2009. Masa tu tetamu istimewa nak datang beraya kat rumah so kena lah masak special sikit. Tetamu yang datang happy sangat sebab dah lama tak dapat nasi. Duk ulang rendang, ketupat, nasi impit kuah kacang je memanjang, sekali dapat nasi goreng tomyam sedap ai siap bertambah-tambah lagi.

Sebenarnya dah ramai yang request nasi goreng tomyam sedap ciptaan saya ni tapi asyik lupa je nak share kat blog. Bahan-bahannnya pun saya hentam kromo je, asalkan ada nama tomyam, warna tomyam, bau tomyam dan rasa tomyam yum yum.


"Kejap lagi I kena masuk dalam kuali, but first lemme take a selfie."
- said Limau Purut

Hidangan untuk 3/4 orang

Bahan-bahan:

  • 3 pot nasi
  • 2 sudu besar cili boh (malas nak blend cili kering)
  • 10 ekor udang (buang kepala dan hitam kat belakang badan udang tu tau)
  • 4 ekor sotong (potong)
  • 3 fish cake panjang potong
  • 10 fish ball belah dua
  • 5,6 helai daun limau purut (gunting ikut suka tapi kena arah lawan urat baru bau kuat)
  • 2 batang serai dititik
  • Sebatang carrot (potong ikut suka)
  • 2 kiub pes tomyam *kalau pes yang biasa, letak 2 sudu besar
  • Seulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Air secawan
  • Garam & gula 1 sudu besar
  • Nak tambah potongan ayam pun boleh, ikut suka


Cara masak:

  1. Blend bawang besar dan bawang putih, kalau rajin tumbuk sebab lagi sedap
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih, agak kekuningan masukkan cili blend. Tumis sampai pecah minyak
  3. Masukkan udang, sotong dan agak dah menggelegak sikit, masukkan fish ball, fish cake dan air secawan. Biar masak sekejap
  4. Pecahkan kiub tomyam dan tabur dalam sambal, kacau
  5. Masukkan daun limau purut, serai, carrot, garam dan gula. Agak sambal tu dah kering sikit, masukkan nasi
  6. Kacau bagi rata. Masa ni bau limau purut, tomyam, serai, semua ada, wangi.
  7. Kalau tak cukup masin, pandai-pandai lah letak garam hihi
  8. Siap dah NASI GORENG TOMYAM SEDAP!


Cari juga gambar nasi goreng tomyam yang dah masak tak jumpa tapi terjumpa yang dah nak habis pulak. Masa ni masak untuk potluck kat office sempena birthday tahun 2012 lepas. Birthday girl pun kena masak, tapi memang licin! Masa ni masak untuk lebih kurang 12, 13 orang. Gambar nasi goreng tomyam sedap tinggal sikit je. Saki baki limau purut, serai pun jadilah untuk tatapan umum.


Nasi goreng tomyam sedap dah nak licin

Jangan risau kalau makan sotong, udang yang tinggi kolesterol. Sebelum makan, ambil Phytocolst dulu untuk kurangkan kolesterol. Orang kata air tangan lain-lain, tapi cuba Resipi Nasi Goreng Tomyam Sedap ai ni dulu, dijamin sedap.


SELAMAT MENCUBA! 


Baca entry sebelum ini di sini >> Vitamin Shaklee Pertama Kali Saya Makan


-------------------

Sekiranya anda ingin dapatkan vitamin Shaklee atau ada sebarang pertanyaan, hubungi saya.
Insha Allah saya akan membantu sebaik mungkin.

Konsultansi terbaik secara percuma dan berterusan adalah khas untuk customer saya sahaja.

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

3 comments:

  1. ahahah dan lagi iklan.. pakwe nak dtg meminang bila? takkan datang makan je..ekekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakwe dah kawen dengan mawar fareeda haha

      Delete