Thursday, 20 November 2014

Cara Buat Watermark Pada Gambar Semudah A.B.C (11 Langkah Bergambar)

Leave a Comment
Zaman sekarang ni semua benda nak di-viral-kan terutamanya gambar. Eloklah kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan google cara buat watermark dan letakkan watermark pada setiap gambar kita. Selalu yang jadi mangsa ialah pasangan pengantin baru yang tengah syok honeymoon, tak pasal-pasal gambar honeymoon jadi iklan "Ubat Kuat" pula nanti. Nak salahkan siapa since semua orang boleh save-image-as kan?

Tapi ada orang yang sanggup letak text setiap kali nak post gambar di blog mahupun mana-mana media sosial yang lain. Kalau yang jenis suka upload gambar sampai 350 keping kat blog khususnya tu, larat ke nak taip satu-satu kat gambar? Letih tangan iols. Takpe saya akan ajar bagaimana cara untuk meletakkan watermark pada gambar anda secara percuma dan semudah ABC.

Cara Buat Watermark Pada Gambar

Terdapat dua cara yang popular untuk buat watermark menggunakan Picmonkey iaitu:

Pilihan 1
Buka website PicMonkey.com, pilih gambar yang anda ingin letakkan watermark. Pilih "Text" yang anda inginkan dan fade kan tulisan itu ke 60% (ikut suka). Ini adalah cara paling basic dan cara ini perlu dibuat berulang kali setiap kali anda ingin letakkan watermark pada gambar. Mungkin saiz font atau simbol tidak akan sama dan ini akan mengambil masa untuk edit pada setiap gambar.
ps: orang rajin je kot yang sanggup letak text. 

Plihan 2
Buka website PicMonkey.com, pilih "Overlay" dan klik pada "Your Own" pada bahagian atas sekali. Ini adalah pilihan yang paling senang dan anda hanya perlukan gambar atau text yang anda mahu untuk dijadikan watermark pada gambar anda.
ps: kita pilih pilihan 2 ni ok?

Buat Watermark Secara Percuma Guna PicMonkey! 

Dengan PicMonkey, anda boleh pilih sama ada free options ataupun sign up untuk Royal features. Royal memang lebih banyak feature yang menarik tapi anda perlu bayar. Untuk amatur macam kita ni, pilih je yang percuma (tak perlu buat account).

>> Pergi ke website PicMonkey.com dan pilih "Collage" pada bahagian menu utama. 

Letakkan saja cursor di "Collage" (jangan tekan) dan kemudian akan keluar Choose photos to collage. Pilih "or collage with these"
Cara Buat Watermark Pada Gambar


>> Layouts & Transparent Background.

Pilih "Layouts" pada bahagia utama di sebelah kiri.
Cara Buat Watermark Pada Gambar

Klik "Create your own" pada bahagian paling atas.
Cara Buat Watermark Pada Gambar

Pilih "Background"(paint tray) pada bahagian utama paling bawah.
Cara Buat Watermark Pada Gambar

Tandakan ✔ di kotak "Transparent background" dan klik "Save"
Cara Buat Watermark Pada Gambar

Pastikan anda save di dalam folder yang senang dicari kerana gambar ini akan kelihatan hitam di folder anda tapi transparent di PicMonkey. (Boleh tukar File Name dan Dimensions)  
Cara Buat Watermark Pada Gambar

>> Create text untuk watermark. 

Setelah "Save", Klik "Edit" di ruang menu atas. 
(Because we love you,  thats why) 
Cara Buat Watermark Pada Gambar

Pilih "Text" di bahagian utama kiri dan klik "Add Text"
Ada macam² pilihan, boleh pilih font mana yang nak dijadikan watermark.
Cara Buat Watermark Pada Gambar

Selesai langkah di atas, plih "Overlays" (icon rama²) untuk dapatkan gambar/bentuk yang menarik. 
Tukar color ke putih dan fade ke 60% atau apa² jenis warna/percentage yang anda inginkan.
Cara Buat Watermark Pada Gambar

Setelah berpuas hati dengan corak watermark, pilih option "Basic Edits" dan klik "Crop".
Pastikan anda crop pada size watermark anda dan save watermark anda. 
Cara Buat Watermark Pada Gambar


>> Gunakan watermark pada gambar anda!

"Open" (upload) apa² foto dari komputer anda., kemudian pergi ke "Overlays" dan pilih "Your Own". Cari gambar watermark yang telah anda save, letakkan pada mana² bahagian gambar. 
Anda masih boleh edit color dan fade watermark tersebut.
Cara Buat Watermark Pada Gambar

Kepentingan watermark ialah takde dah istilah curi mencuri gambar orang untuk dijadikan kegunaan lain tanpa kebenaran pemilik gambar. Kalau gambar secara general takpelah kan tapi kalau gambar yang too personal dijadikan bahan gurauan kasar di media sosial, mengamuk pula nanti hehe  

Eh Rangga, pinjam gambar awak tau ❤

Cara Buat Watermark Pada Gambar
Gambar hanyalah hiasan semata-mata. 

Happy Watermarking!

------------------------

Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card
Pengedar Sah Shaklee Port Klang, Klang, Shah Alam

MELISSA JALIL ♥ 
No HP: 012 400 8447 
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi 
Facebook: Loving Care  Instagram: @_lovingcare

PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA


Pengedar Sah Shaklee Ipoh

0 comments:

Post a Comment