Jom kita lihat apa jenis makanan apa yang bagus untuk ibu hamil.
1. TELUR
Mengandungi protein terbaik disamping mengandungi 12 jenis vitamins dan logam (iron). Sesetengah telur diperkaya dengan omega3 dan DHA yang penting untuk otak. Telur juga mengandungi choline(water-soluble nutrient) bahan penting untuk otak. Protein sangat penting sebagai bahan binaan sel-sel dan organ bayi.Murah harganya dan mudah dimasak dan disajikan. Makan 2 biji telur setiap hari.
2. KACANG (NUTS)
Kacang badam (almond), walnut, gajus dan peanuts adalah makanan-makanan sampingan terbaik bagi ibu hamil. Mengandungi polyunsaturated fats dan omega 3 yang penting untuk pembentukan otak bayi. Makan bersama-sama kismis atau keroma sebagai sampingan.3. GANDUM
Jagung rebus ialah sumber makanan yg baik, mengandungi Vitamin E, selenium dan phytonutrients. Begitu juga oat, barli, beras merah dan pulut juga wheat dan yang biasa kita makan iaitu roti whole meal. Bubur pulut hitam juga berkhasiat.4. IKAN
Ikan juga merupakan sumber protein yang baik. Ikan yang berminyak seperti salmon, tuna dan mackerel mengadungi omega 3 dan DHA yang baik untuk pertumbuhan dan fungsi otak bayi.Ikan-ikan tersebut agak mahal tetapi ikan kembung, tongkol (tuba) dan sardin (bukan dalam tin) juga bermutu. Ikan yang dimasak rebus/steam dengan halia, bawang, kunyit dan serai lebih baik dari digoreng kering.
5. KELEDEK MERAH
Makanan yang bermutu dan tinggi serat ini hampir lupus. Selain dari kandungan karbohidrat, ia juga kaya dengan sumber Vitamin A, folik dan serat. Daun turi dan keledek merah dimasak lemak atau sayur air boleh meningkatkan susu ibu.6. AYAM DAN DAGING MERAH
Daging merah (lembu dan kambing) yang telah dibuang lemak dan kulit (ayam) adalah sangat berkhasiat untuk ibu-ibu hamil dan ibu menyusu. Biasakan masak rebus atau steam dengan menggunakan halia, kunyit, bawang dan serai yang banyak (masak ala cina atau thai).Ikuti Tips Atasi Ibu Hamil Pitam dan Anemia
7. KEKACANG
Kekacang seperti dal, soya, merah, hijau dan peas adalah makanan terbaik untuk ibu hamil. Dal sering dimasak dengan daging, kentang dan carrot sebagai lauk kari. Kacang hijau pula dibuat bubur kacang. Air kacang soya perlu diminum selalu dan juga produk soya dan tempe adalah bagus untuk dimakan.8. SAYUR DAN BUAH-BUAHAN
Makan banyak buah-buahan dan sayur yang berwarna merah, kuning, ungu, hijau dan lain-lain. Mengandungi pelbagai vitamin, logam (iron), serat dan anti-oksidan untuk menangkis dari serangan penyakit.Buah-buahan seperti jambu, tembikai, betik, oren, epal, pear, berries, buah naga, delima dan pelbagai lagi.Ibu juga boleh membuat jus minuman segar dari buah-buahan dan juga air kelapa muda.
Makan sayur-sayuran seperti sawi, bayam, kangkung, brokoli, kobis, carrot, pucuk paku atau ubi, taugeh, bendi dan lain-lain. Buat salad atau rojak campuran sayur dan buah-buahan, sungguh enak dan lazat! Bila ibu banyak makan buah dan sayur khususnya dalam kandungan 3 bulan terakhir, bayi juga membentuk kegemaran makan buah dan sayur bila lahir kelak.
9. YOGURT DAN SUSU
Yogurt ialah makanan yang berkhasiat. Mengandungi protein dan kalsium tapi ianya mungkin bukan satu pemakanan yang digemari oleh semua orang. Disamping itu ia jadi sumber bakteria-bakteria baik dalam perut kita seperti probiotik.Minuman yogurt yang ditambah perisa buah-buahan banyak terdapat di pasaran. Ibu-ibu hamil dan menyusukan bayi harap amalkan minuman ini dan juga minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.
10. SUPPLEMENT: VITAMIN DAN IRON
Mengikut Dr. Hamid Arshat, mulakan amalan makan supplement vitamin sebaik sahaja berkahwin dan terus menerus hingga akhir hayat.Lepas bersalin dan waktu menyusukan makan double dose (mengikut dose yang ditetapkan).
Ibu hamil perlu ambil supplement:
1. Multivitamin termasuk zat logam seperti iron dan folic acid.
2. Kalsium dengan vitamin D.
3. Fish oil yang mengandungi omega3 dan DHA.
4. Vitamin C 500 mg hingga 1 GM setiap hari.
Amalkan dengan makan tersebut mengikut kemampuan dan tidak berlebihan. Insha Allah ibu dan anak akan sihat dan anak yang lahir akan berpotensi jadi pintar/genius.
Supplement Yang Perlu Ibu Hamil Ambil
------------------------
Ibu hamil yang inginkan SET LENGKAP KEHAMILAN boleh hubungi saya 012-400 8447 untuk mendapatkan Vitamin Sepanjang Kehamilan kerana saya amat sarankan anda ambil set hamil ini untuk dapatkan nutrisi lengkap ibu hamil yang sentiasa ingin sihat dan cergas.
Ingin beli Shaklee dengan menggunakan Debit Card/Credit Card?
MELISSA JALIL
No HP: 012 400 8447
Email: lovingcare.eshop@gmail.com
COD: Ipoh / Port Klang / Klang / Sg. Udang / Bukit Tinggi
PENGEDAR SAH SHAKLEE MALAYSIA
Info yang sangat berguna especially kepada ibu yang pregnant anak sulung
ReplyDeleteTerima kasih cik Fatin :)
ReplyDelete